Thursday, March 4, 2010

Kes H1N1 (Selsema Babi) Terkini di Malaysia

Walaupun kita sekarang ini kita kurang mendengar kes wabak selsema H1N1, ini bukan bermakna kita tidak perlu lagi memberikan perhatian dengan wabak selsema H1N1 ini atau nama popularnya selsema babi. Tidak mustahil wabak selsema babi (H1N1) boleh menular sekali lagi.
Kes terbaru H1N1 berlaku di Kuala Lumpur di mana seorang wanita berusia 22 tahun mati Ahad lepas (28 Februari 2010)  di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian kerana jangkitan berhubung Influenza A (H1N1). Hati-hati ya semua……
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) — Seorang wanita berusia 22 tahun mati Ahad lepas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian kerana jangkitan berhubung Influenza A (H1N1). Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata wanita itu dimasukkan ke HUSM pada 15 Feb lepas kerana mengalami demam dan batuk selama lapan hari.
Mangsa telah mendapat rawatan di klinik swasta dan dirujuk terus ke HUSM pada hari yang sama. Wanita itu disahkan sebagai jangkitan Influenza A (H1N1) pada 16 Feb dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi akibat komplikasi jangkitan paru-paru keesokan hari.
“Pesakit meninggal dunia dua minggu kemudian dengan penyebab kematian dicatatkan sebagai ’septicemic shock with acute respiratory distress syndrome secondary to H1N1 infection’,” Liow berkata dalam satu kenyataan. Sebelum ini, angka kematian tempatan akibat H1N1 ialah 77.
Liow berkata walaupun jangkitan Influenza A (H1N1) bagi kes itu dikatakan sebagai ’secondary’, namun ia menunjukkan penularan H1N1 walaupun masih rendah boleh menyebabkan kematian jika rawatan awal tidak diambil.
“Walaupun kematian akibat jangkitan Influenza A (H1N1) tidak banyak berlaku pada masa ini, Kementerian Kesihatan ingin menegaskan penularan jangkitan itu masih aktif di Malaysia dan berharap masyarakat akan terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah disarankan bagi membendung penularan jangkitan di kalangan masyarakat,” katanya. Dipetik daripada BERNAMA
Wabak selsema babi (H1N1) ini memang masih ada lagi, cuma sudah lama tiada melibatkan kes kematian. Itu sahaja. Kalau tidak………(anda sambung sendiri). Sesetengah tempat masih ada lagi poster-poster kesedaran penyakit ini. walaubagaimanapun, terpulang juga kepada inisiatif dan kesedaran si empunya diri termasuk juga saya sendiri

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...