Tuesday, November 6, 2012

KOPI vs TEH

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 735x348.



Kesihatan Gigi
Kajian menunjukkkan minum teh atau kopi memberi kesan positif & negatif terhadap gigi anda. Kesan positifnya ialah penyelidik percaya flavonoid teh boleh menyekat bakteria daripada membentuk plak. Penyalidik di Itali pula mendapati sejenis kompaun di dalam kopi bernama trigonelline yang memberi aroma & rasa pahit kopi mempunyai nilai antibakteria & antilekat untuk menentang kaviti dental daripada terbentuk. Kesan negatifnya ialah kopi & teh lama-kelamaan membuatkan gigi nampak comot.


Penyakit hati
Kajian yang melibatkan 125000 orang responden oleh Kaiser Permanente di Oakland pula menunjukkan, mereka yang minum 4 cawan kopi sehari mempunyai 80% peluang kurang menghidapi cirrhosis hati. Jika minum secawan sehari boleh mengurangkan risiko itu sebanyak 20%.

Penyakit Parkinson
Kajian yang dilakukan oleh Havard School of Public mendapati penggemar kopi kurang berisiko menghidap Parkinson sebanyak 80% berbanding mereka yang tidak meminumnya. Kemungkinan kuasa pencegah kafein yang dipanggil adenosine di dalam kopi memelihara sel2 otak daripada hilang.







Darah tinggi
Kopi akan meningkatkan tekanan darah kerana mengandungi kafein yang tinggi. Sebaliknya, teh mengendurkan pembuluh darah & ini boleh megurangkan tekanan darah.






Kesimpulannya, dari segi nilai kesihatan, teh mengatasi kopi. Namun demikian, teh & kopi bermanfaat yang dimaksudkan bukanlah teh & kopi uncang segera ‘3 in 1’. Ini kerana ia mengandungi bermacam-macam bahan campuran asing yang boleh memudaratkan kesihatan kita. wallahu 'alam.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...