UPDATE] 2 Januari 2013
Had limit untuk harga telefon pintar
telah di tarik kembali di mana pemohon boleh membeli apa jua jenis
telefon pintar tanpa ada harga maksimum. Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim
berkata dalam laman Twitter beliau; “Kabinet
bersetuju belia 21-30 tahun dan berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh di
tawarkan untuk membeli apa jua telefon pintar dengan rebat RM200 mulai
bulan ini.“
Syarat‐syarat kelayakan permohonan Pakej Komunikasi Belia (Rebat RM200):
- Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21‐30 tahun pada tarikh memohon;
- Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah;
Model telefon pintar 3G yang ditawarkan (Harga maksima RM500);- Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan
- Satu telefon/pakej hanya untuk satu belia.
Peringatan:
- Penebusan rebat ini akan luput selepas satu (1) bulan dari tarikh permohonan berjaya.
- Permohonan semula hanya dibenarkan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh permohonan
Pemohon hanya layak untuk menebus telefon yang berharga tidak lebih daripada RM500 dan yang telah diluluskan oleh SKMM.
Soalan Lazim:
S: Sekiranya saya belum mempunyai langganan jalur lebar, apa yang perlu saya buat?
J: Anda dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan anda menuntut rebat ini.
S: Siapakah penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam inisiatif ini?J: Anda dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan anda menuntut rebat ini.
J: Penyedia perkhidmatan yang terlibat ialah Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster.
Harga, terma serta syarat-syarat pakej langganan tertakluk kepada penyedia perkhidmatan tersebut.
LANGKAH PERMOHONAN PAKEJ KOMUNIKASI BELIA SKMM
Langkah 1 : Buka laman web SKMM (https://komunikasibelia.skmm.gov.my/). Klik pada Borang Permohonan Dalam Talian Pekerja/Pelajar.
Langkah 2 : Isi dan lengkapkan butiran peribadi anda. Klik Seterusnya.
Langkah 3 : Isi maklumat internet/data plan anda jika ada. Lengkapkan ruangan sosial anda. Klik Seterusnya.
Langkah 4 : Isi maklumat pengajian anda beserta kad pelajar. Klik Seterusnya.
Langkah 5 : Terima Akuan Pengesahan dengan tanda pada kotak yang disediakan. Klik Daftar untuk sahkan atau Semak Semula untuk semakan.
Langkah 6 : Semak status pendaftaran dan cetak maklumat sebagai rujukan.
Langkah 7 : Semak emel anda untuk mendapatkan butiran permohonan.
Langkah 8 : Butiran anda akan di hantar dalam format PDF.
Tahniah! Anda telah berjaya mendaftar
untuk mendapatkan rebat SKMM. Anda diberi masa selama satu (1) bulan
untuk klim rebat anda. Jika anda gagal berbuat demikian, anda hanya
boleh membuat permohonan baru selepas dua (2) bulan dari tarikh
permohonan terdahulu tamat.
Antara penyedia yang telah menyediakan pakej ini;
Selamat memohon dan semoga berjaya!

nice info :) terima kasih .
ReplyDelete