Tuesday, October 23, 2012

Khasiat rokok dalam hubungan SEX




Petua Untuk Berhenti Merokok

Fakta-Fakta Penting:

1. Merokok merbahaya tidak kira samaada anda sendiri yang merokok atau menyedut asap rokok daripada perokok lain.

2. Kajian menunjukkan bahawa jika anda berhenti merokok dalam tempoh 3 hingga 5 tahun, ia mampu mengurangkan risiko mendapat kanser mulut sebanyak 50%.

3. Jika anda berhenti merokok melebihi 10 tahun, tiada risiko mendapat kanser mulut.

4. Bila tabiat merokok ini dihentikan, keadaan penyakit gusi (periodontium) juga akan bertambah baik atau pulih.

Apa Keburukan Merokok?
Merokok boleh mendatangkan pelbagai masalah gigi.

Antaranya :
+ Gigi berkarat (staining).
+ Nafas berbau (halitosis).
+ Penyakit gusi (periodontium).
+ Kanser mulut.
+ Kanser paru-paru.
+ Tekanan darah tinggi.
+ Strok.
+ Penyakit jantung.
+ Mati pucuk.

Perhatian: Walaupun penggunaan bahan kumuran dan ubat gigi mungkin berkesan menanggalkan karat gigi dan menyegarkan bau nafas perokok, ianya tidak boleh menyembuh kerosakan atau penyakit yang disebabkan oleh asap rokok.

Cara Membuang Tabiat Merokok:
+ Melakukan pemeriksaan mulut sendiri.
+ Dapatkan pemeriksaan pergigian berkala di klinik pergigian.

Petua Berhenti Merokok:

1. Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok dan buatkan nota peringatan.

2.Bersikap yakin, selalu berfikiran positif dan beritahu diri anda yang "anda boleh membuang tabiat merokok".

3. Dapatkan sokongan.

4. Atasi keinginan/ gian untuk merokok dengan :

a. Mengunyah gula-gula getah yang tidak mengandungi gula (chewing gum)
b. Lakukan senaman
c. Mandi dengan lebih kerap
d. Gunakan terapi gantian nikotin (nicotine replacement therapy)


Petua Untuk Menghilangkan Ketagih Merokok

1. Melengah-lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit.

2. Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya 5 kali dengan perlahan-lahan.

3. Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Sekiranya anda berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...