Tuesday, February 23, 2010

Harga Minyak di Malaysia Naik Lagi Mac 2010 ini !!!

Adakah kerajaan sudah tidak sabar lagi untuk menaikkan harga minyak di Malaysia? Dikatakan pada 1 Mei ini,  2 harga yang berbeza bagi minyak petrol akan diumumkan, tetapi belum sempat ke tarikh tersebut, sudah akan keluar satu lagi pengumuman yang mengatakan harga minyak di Malaysia akan naik pada Mac 2010 ini.
(The Sun) KUALA LUMPUR : The government is expected to announce a price increase of 10sen a litre for RON95 petrol and diesel when the new fuel price mechanism is revealed in mid-March. The price of RON97 will also be increased but there is no decision yet on the quantum. RON95 is currently retailed at RM1.80 a litre, RON97 and diesel at RM2.05 and RM1.70 a litre respectively.
Finance Ministry sources said the government has decided to raise fuel prices as it cannot provide more subsidy needed to maintain fuel prices at current levels following a spike in global crude oil prices. The government believes an increase of 10sen a litre is acceptable to the public. The sources also told the daily the government has yet to come up with a fuel price mechanism that is acceptable to all quarters, and as a result it may put off or may even be forced to abandon some new measures that are already in the pipeline.
“Plans were afoot for the registration of vehicle owners and their MyKad through Maybank and petrol kiosks to begin in April under the proposed ‘one vehicle owner, one subsidy’ fuel subsidy mechanism. It looks like the plan may not take off.”
The sources said the cap on selling 20 litres of petrol to foreign cars near Malaysian borders will continue to be implemented. Meanwhile, Petrol Dealers Association of Malaysia president Datuk Hashim Othman believes that foreign car owners will pay the market price when the new fuel price mechanism is introduced next month. He said  the government’s main intention is to provide subsidy to those who qualify for it, to protect the interest of the lower and middle-income groups as well as save on expenditures.
Adakah kerajaan ada bertanya golongan berpendapatan rendah tentang hasrat kerajaan untuk menaikkan harga minyak selepas ini? Golongan mana yang bersetuju dengan tindakan kerajaan ini. Tidak perlu jauh, kalau ditanya kepada saya, tentulah tidak bersetuju. Sedangkan naik harga gula naik  20 sen sekampit (yang jarang digunakan) pun sudah kelam-kabut, dengan beberapa harga makanan dan minuman dinaikkan juga. Belum ditambah lagi dengan peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan dan pemantauan yang lemah daripada pihak berkuasa. Inikan pula minyak yang digunakan setiap hari.
Penyataan yang rasanya sudah dihadam oleh rakyat yang berpendapatan rendah bila dikaitkan dengan kenaikan harga minyak
“Jangan manjakan rakyat dengan subsidi. Sudah tibanya rakyat hidup tanpa tongkat dan mentaliti subsidi sepatutnya dihapuskan.”
“Jangan risau, harga minyak kita masih lagi murah jika dibandingkan dengan Singapura”
“Jangan risau, walaupun harga minyak naik, rakyat cukup makan sebenarnya”
“Jangan risau, walaupun harga minyak naik harga makanan dan harga barang tidak akan terkesan”
Begitu mudah kerajaan mengeluarkan penyataan, rakyat tak kisah katanya.  Wahai-wahai wakil-wakil rakyat yang adil lagi bijaksana, minyak-minyak kamu gunakan setiap hari kami yang tolong bayarkan, tahu?
Kalau negara Congo yang kering minyak, sangat munasabah jika harga minyak di sana mesti mengikut harga minyak dunia. Suka atau tidak. Itulah realitinya. Bagaimana pula dengan Malaysia? Negara yang basah dengan hasil kekayaan minyak, teruk sangat ker terkesannya? Sehinggakan dilihat kerajaan begitu tidak sabar menaikkan sekali lagi harga minyak di Malaysia. Ker……kerajaan Malaysia sudah kekurangan dana sekarang ini? Terus terang dengan rakyat kan mudah. Rakyat semakin bijak menilai. Sorokla…macam mana pun, akan terdedah juga tembelangnya.
Ini dahla…menekan rakyat, sekarang mahu memperbodohkan rakyat pula. Minta maaf, kalau artikel kali ini saya membebel lebih sangat. Balik-balik  apabila timbulnya isu harga minyak akan naik, kerajaan memberikan alasan kononnya untuk menampung subsidi. Pelik……Sepatutnya setiap satu dollar yang naik bagi harga setong minyak dunia, Malaysia akan mampu mendapat pulangan ratusan juta ringgit.  Ini, terbalik pula, kerajaan rasa tertekan dengan kenaikan harga minyak dunia.
Adakah sumber utama kerajaan Malaysia selama ini bergantung sepenuhnya kepada minyak semata? Bagaimana pula dengan Cukai Jalan? Cukai pendapatan? Duti rokok? Cukai arak? GST? Duti import? Eksais? Cukai kereta import? Cukai judi? Itu belum masuk lagi daripada sektor korporat dan macam-macam lagi? Mana pergi semua dana ini?

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...