Tuesday, February 23, 2010

Earth Hour 2010. Lets Do It !!!!!

Ya….program/kempen Earth Hour di Malaysia bagi tahun 2010 akan datang lagi. Bersediakah untuk “korbankan” satu jam anda di waktu malam hidup tanpa menggunakan tenaga elektrik? Satu jam sahaja. Tidak lama kan? Bukan sahaja negara kita yang akan bergelap  selama satu jam malahan sebahagian negara-negara seluruh dunia turut akan menyertai program Earth Hour di Malaysia bagi tahun 2010 kali ini. Tarikhnya? Pada hari Rabu bersamaan 27 Mac 2010 ini. 
Tunjukkan satu sokongan padu dan menyumbang sesuatu kepada Bumi tercinta kita ini. Setahun hanya sekali sahaja. Program Earth Hour bagi tahun 2010 adalah merupakan penglibatan kedua Malaysia selepas tahun 2009. Kalau hendak diikutkan sumbangan yang dibuat, apala sangat. Sesuatu permulaan yang baik sebenarnya daripada tidak bertindak langsung kan????? Tumbuhan-tumbuhan semestinya akan tersenyum melihat keperihatan kita untuk menjaga Bumi lebih-lebih lagi bertindak pada perubahan iklim yang mendadak ketika ini.

Tujuan program ini adalah untuk mengajak dan menghimpunkan  seberapa ramai penduduk seluruh dunia untuk menjayakan program yang boleh dikatakan menyelamat usia tua Bumi kita ini. Kalau diikutkan keadaan Bumi sekarang ini sudah semakin tercemar dengan terjejas teruk dengan pemanasan global, bencana alam dan kecairan ketulan ais di kutub dan macam-macam lagi.
Earth Hour adalah satu acara simbolik yang dirancang untuk melibatkan penduduk dunia dari segala lapisan masyarakat tentang perubahan iklim untuk menghantar mesej yang kuat kepada para pemimpin politik bahawa kita ingin mereka untuk mengambil tindakan yang bersungguh-sungguh dalam menangani perubahan iklim dunia.
Ini adalah peristiwa terbesar dalam sejarah iklim di mana jutaan orang di seluruh dunia akan bersatu dengan mematikan lampu mereka selama satu jam, Earth Hour, untuk menuntut tindakan tentang krisis iklim.

Untuk Earth Hour 2009, ratusan juta orang dari lebih 4,000 kota-kota besar di 88 buah negara dari seluruh dunia bergelap selama satu jam. Malaysia juga mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 600MW yang melibatkan penyertaan lebih daripada 6 juta orang Malaysia.
P/S : Di sini, saya suka untuk mengingatkan diri saya sendiri dan juga yang lain untuk ramai-ramai pakat sokong program Earth Hour di Malaysia bagi tahun 2010 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...