Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi.
Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam
dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah
kali pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red
zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif.
Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun
depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau
tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta
bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami
mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius,
Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali
ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya
bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita
atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya
tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan
kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat
pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan
otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila
kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut
seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang
bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah
atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan
bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang
lain.
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah
yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur
otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang
dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh
penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang
menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya
ketika marah atau penat menjaga bayi.
Ini bukanlah kes SBS
pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang
bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius
dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
Jangan memegang bayi anda ketika marah.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan
bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang
lain.
Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar
ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby
Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika
Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah
mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
Thursday, October 11, 2012
BAHAYA "SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN"
4:12 PM
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment