BlueStacks ialah perisian yang membolehkan anda menjalankan aplikasi Android di komputer Windows anda. BlueStacks boleh dipasang secara percuma (buat masa sekarang) di komputer desktop, laptop, netbook mengunakan sistem operasi Windows 8, Windows 7 dan Vista. Tiada sokongan BlueStacks untuk pengguna Windows XP.
Download BlueStacks
Anda boleh download di BlueStacks.com atau download menerusi direct link : http://cdn.bluestacks.com/public/2002/BlueStacks_AppPlayer_Alpha.msi (116.98 MB)
Cara install BlueStacks
Download dan install macam biasa. Selepas install, satu gadget Android akan muncul di desktop anda seperti di bawah :Terdapat beberapa apps terbina dalam BlueStacks, dan anda boleh lancarkan apps berikut dengan double click.
Contoh Apps terbina dalam BlueStacks
Pulse – feed reader
Talking Tom Cat 2
Drag Race
Aporkalypse
Cara install file APK dalam BlueStacks
Associate file apk dalam computer anda kepada HD-ApkHandler.exe dalam folder Program FilesBlueStacks.
Maklumat lebih lanjut boleh rujuk : How to install Android apk files in Windows using BlueStacks Apk Handler
Selamat mencuba! :)
0 comments:
Post a Comment