Wednesday, February 9, 2011

Revolusi di Mesir



Kerana kuasa, mereka sedang bersolat pun ditembak dengan water canon oleh Polis Anti Rusuhan Mesir.
Revolusi di Mesir yang menarik perhatian dunia terutama dunia Islam kerana Mesir merupakan negara gedung ilmu Islam sekarang ini kerana terletaknya Universiti Al-Azhar iaitu pusat pengajian tinggi Islam yang paling ulung dan menjadi impian dikalangan pelajar yang berjaya lulus peperiksaan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) .Universiti Al-Azhar diasaskan oleh puteri Rasulullah SAW iaitu Fatimah R.A. Nama Al-Azhar adalah dari gelaran Fatimah dikenali sebagai Az-Zahra (yang pintar).
Walaupun begitu, Mesir pernah mencatat sejarah hitam dunia Islam. Kita masih masih ingat pada tahun lepas, kerajaan Mesir yang dipimpin oleh Hosni Mubarak membina tembok di sempadan Palestin untuk mengelakkan rakyat Gaza untuk masuk ke Mesir kerana melarikan diri dari kekejaman tentera Zionis.
Rusuhan di Mesir mempunyai kelainan jika dibandingkan dengan peristiwa Reformasi pada tahun 1998 yang dilaksanakan oleh penyokong DS Anwar Ibrahim yang mana reformasi di Malaysia bertempur dengan FRU manakala di Mesir penunjuk perasaan anti-Mubarak selain bertempur dengan polis dan askar, mereka juga bertempur dengan kumpulan pro-Mubarak.
Lebih menyedihkan rusuhan anti-Mubarak ini sudah menjadi perang saudara seagama dengan penyokong Pro-Mubarak. Kumpulan pro-Mubarak bangkit melawan anti-Mubarak selepas Hosni Mubarak menegaskan hidup matinya adalah di Mesir .
Jiran mereka Israel tentulah tersenyum lebar kerana apabila mereka lemah,mudahlah mereka untuk menyusup masuk. Mereka dengan proxy mereka iaitu Polis Dunia – Amerika Syarikat dijangka akan turut masuk jarum. Dengan revolusi kebangkitan rakyat untuk mengjatuhkan rejim Hosni Mubarak yg dilihat akan berjaya. Mereka lantas secepat kilat mencanang calon mereka El-Baradei sbg calon pengganti Hosni Mubarak.
Pada 2 Feb 2011 yang lau satu pertempuran terjadi antara kumpulan pro-Mubarak dengan kumpulan Anti-Mubarak.Kumpulan rusuhan pro-Mubarak telah menyerang kumpulan anti-Mubarak dengan menaiki kuda dan cemeti yang menyebabkan lebih 100 orang cedera parah akibat pertembungan itu yang mana mereka saling melempar batu.
Video pertempuran anti-Mubarak dan pro-Mubarak
Berikut pula adalah gambar Revolusi di Mesir 2011 yang dikongsi dari forum tranungkite.
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Pertempuran antara kumpulan pro-Mubarak dan anti-Mubarak

http://warungtupperware.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...