Pernahkah anda solat berjemaah di sebelah makmum lain yang bau peluhnya hangit? Tambahan pula sekarang ini banyak masjid yang memasang penghawa dingin, jadi udara terkumpul dalam ruang dewan solat sahaja, ini menambahkan lagi bau hangit dan amat menyeksakan.
Dalam banyak-banyak benda busuk, benda yang paling tidak dapat saya tahan adalah bau ketiak dan juga bau peluh hangit. Ia mempunyai bau menyucuk yang kadang kala menyekat pernafasan kita. Bayangkan ketika solat makmum sebelah kita mengangkat tangannya bertakbir, baunya terus menyerang.
Bayangkan pula ketika dia rukuk dan juga sujud sambil mengepakkan tangannya luas, ambil sunnah kononnya, dalam masa yang sama ia sekali lagi meyebabkan rakan makmumnya menahan nafas. Begitulah kita rasa tersekat dada sehinggalah tamatnya solat.
Teringat saya masa kat kampung dulu diceritakan oleh kawan saya yang berkerja sebagai pemandu lori di kilang kotak. Ramai wanita india yang bekerja di situ dan dia sering melayan seorang remaja wanita india yang selalu tolong angkat kotak bersama dengannya.
Satu hari dia balik menceritakan pada saya hari itu rakan perempuan india yang dia rapat itu pengsan dan di bawa ke hospital. Saya tanya kenapa jadi begitu. Sambil ketawa dia berkata sebab tak tahan dengan bau minyak wangi!.
Kilang kotak tersebut memang panas terutamanya pada kawasan loading barang. jadi wanita-wanita india itu biasalah hari-hari akan berpeluh dan hangitlah bau badan mereka. hari itu perempuan india kawan saya tersebut menyapu minyak wangi pada pakaiannya untuk menghilangkan bau badannya.
Tapi malangnya bau hangit ketiak bercampur dengan bau minyak wangi akhirnya menimbulkan satu bau yang pelik dan semua orang tak tahan termasuklah diri dia sendiri sehingga membawa kepada pengsan.
Satu petua yang saya amalkan sejak sekolah lagi dan amat mujarab dalam mengawal bau hangit ketiak adalah dengan menyapu tawas pada ketiak setiap pagi sebaik saja lepas mandi. Selepas sapu tawas barulah anda pakai bedak pada ketiak anda tersebut. Insyallah bau ketiak tiada selama 24 jam dan anda akan menjadi manusia yang di sukai !!!
Tawas boleh di beli di kedai-kedai runcit mamak. tawas ini dalam bentuk ketulan seperti rupa garam. Apabila sering disapu pada ketiak kita ia menjadi berkilat dan bulat. Tawas ini biasanya digunakan untuk memandikan mayat.
Hilangkan lah bau ketiak anda, anda akan mendapat pahala yang banyak terutamanya ketika bersolat jemaah dan naik satu kereta beramai-ramai dengan kekawan. Jangan buat dosa dengan ketiak hangit anda ketika solat berjemaah.
0 comments:
Post a Comment