Friday, October 15, 2010

Gaji Penjawat awam naik 10% (Bajet 2011)

Hari ini (15 Oktober 2010 ) merupakan pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan. Pasti ramai yang tidak sabar dan pastinya juga ramai yang mengharapkan “sesuatu” daripada pembentangan tersebut. Seperti biasa, perhatian semestinya ditumpukan kepada kenaikan gaji. Betul atau tidak? Sehingga hari ini, walaupun maklumat yang dinyatakan tidak pasti lagi kebenarannya, tetapi ura-ura di “putrajaya” mengatakan bahawa Kakitangan Awam akan menerima kenaikan gaji sebanyak 10%.
Erm… tidak ada yang mustahil dalam siri bajet ini, jika benar kakitangan awam bakal menerima kenaikan gaji, nampaknya bonus mungkin tidak ada la. Tetapi, ada juga suara-suara berkata yang dalam bajet 2011 nanti, kemungkinan kakitangan awam akan menikmati bonus 2 bulan… ehem!..Bagus juga tuh, kalau betul lah bagai dikata, diharap kakitangan awam dapat meningkatkan lagi mutu kerja mereka. Bagi saya, 10% tu agak tinggi.. tetapi kebarangkalian kakitangan awam menikmati kenaikan gaji memang pada peratusan yang tinggi. Apapun, jangan mengharap sangat tetapi kita tunggu dan lihat kesahihan berita ini

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...