Mulai 1 Februari 2010 ini, iaitu hari ini la kan? Bermula hari ini semua kakitangan awam/kerajaan yang pencen awal akan dibayar graduiti sebanyak 20% sahaja. Selebihnya akan dibayar apabila cukup syarat umurnya samada 56 ataupun 58 tahun. Jabatan Perkhidmatan Awam dikatakan sudah keluarkan surat edaran kepada semua jabatan tentang berita terbaru ini.
Yang mana membuat permohonan pencen awal dan sudah mendapat kelulusan sebelum 1 Feb 2010 lagi, kakitangan awam ini akan dapat semua. Cumanya selepas 1 Feb 2010 akan terikat dengan peraturan baru ini. Mana-mana kakitangan kerajaan yang sudah cukup syaratnya dengan berkhidmat sehingga umur 56 atau 58 tahun, kerajaan akan bayar kesemuanya. Kerajaan hanya tangguhkan pembayaran kepada yang tidak mengikut pilihan yang sudah ditandatangani oleh kakitangan kerajaan sebelum ini. Jikalau ada masalah untuk membayar pembelajaran anak-anak, kemukakan dokumen yang berkaitan, kalau ada sakit, kemukakan surat doktor, masih boleh lagi untuk dipertimbangkan.
Sesetengah kakitangan kerajaan yang sudah berumur, pasti ada yang bercadang untuk pencel awal. Sebabnya?- Tumpukan perhatian kepada keluarga
- Tiada apa lagi yang ingin dicari lagi, melainkan kesihatan yang perlu dijaga. Masa untuk berehat.
- Nak tambah amal jariah
- Ada lagi nak tambah
- Sesetangah individu, bukan semaunya. Merasakan mereka tidak mampu lagi untuk berkhidmat pada tahap yang diinginkan. Produktiviti golongan yang suadah berumur tidak sama semasa mereka di usia muda.
P/S : Agak sukar bagi fresh graduate untuk jadi kakitangan kerajaan disebabkan kekuarangan kekosongan.
0 comments:
Post a Comment