Monday, November 30, 2009

Suami Power Apakah Ertinya?


Abang powerJika anda prihatin dengan dunia sekeliling dan peka dengan apa yang berlaku, pastinya pernah mengalami situasi berdepan dengan masalah kawan-kawan anda atau diri anda sendiri yang ditinggalkan isteri. Jadi ini adalah pendapat saya kenapa ya orang perempuan nak tinggalkan anda? Kenapa isteri sanggup tinggalkan anda keseorangan? Dari apa yang saya lihat faktor kewangan yang mana mendapat suami malas kerja atau taknak kerja jenis tulang reput selalu sangat diperkatakan orang punca anda ditinggalkan. Dalam hal ini saya tida mahu mengulas panjang lagi pasal ni kerana kita semua sudah maklum ianya memang sebagai punca utama.
Kebanyakkan orang perempuan sanggup meninggalkan anda kerana anda dilihat tidak lagi boleh diharap sebagai pemimpin dan ketua keluarga. Anda dilihat lemah terutama berdepan situasi bila isteri anda cuba dipikat oleh suami orang lain, duda atau orang bujang. Terlihat kelemahan anda bila mana 100% kesalahan anda letakan kepada isteri kononnya suka melayan, hakikatnya anda lupa isteri anda tu cantik dan bergetah orangnya. Jadi anda sebagai suami terlepas pandang setiap masa patutnya jaga isteri anda dan dilihat selalu bersama, bahagia dan sudah berpunya. Zaman sekarang lelaki Melayu tak kira sangat dah baik perempuan tu isteri orang, tunang orang atau awek anda, mereka selamba cuba pikat dan rampas.
Bak kata orang bijak pandai, usaha untuk mencapai kejayaan tidaklah sesusah untuk mengekalkan kejayaan itu bagi ianya bertahan lama. Jadi sebagai suami anda tidak boleh leka, mengabaikan isteri anda sepi keseorangan tanpa perhatian. Sayangilah mereka macam baru-baru kahwin dulu. Anda sebagai lelaki jagalah badan juga dengan selalu bersenam, supaya dilihat gagah, sihat dan kuat bila berdua berjalan mesra disamping isteri.
Jadi kesimpulannya apakah petunjuk yang menjadikan seseorang lelaki itu dilihat power?

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...