PUTERA Azim Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, anak kedua Sultan Brunei berusia 25 tahun menghabiskan masanya dengan tunang tersayang. Kehidupan anak bilionair, bak kata ‘hidup di dalam syurga’. Apa yang diingini mampu diperoleh dalam sekejap sahaja. Putera Azim bukan hanya tidur bangun sahaja, malah menghabiskan harta apanya yang tidak ternilai banyaknya. Itu pun belum boleh dihabiskan selagi minyak di Brunei kering.
Pada setiap hari, Putera Azim meluangkan masa bersama beberapa orang sahabat karib di studio rakaman. Apabila Putera Azim berada di studio berkenaan, orang lain tidak dibenarkan masuk kecuali dengan izinnya. Putera Azim bercita-cita menjadi seorang penulis lirik lagu yang terkenal di dunia pada satu hari nanti. Beliau tidak perlu bimbang dengan masa depannya sebagai seorang artis memandangkan Putera Azim seorang anak jutawan tersohor di dunia. Beliau boleh membeli dan menjual album berkenaan sekiranya mahu. Bukan untuk mengejar kekayaan, sebaliknya memenuhi masa hidupnya di mana kekayaannya tidak mampu dihabiskan sampai beberapa generasi.
Untuk menunjukkan rasa sayang kepada tunangnya, Putera Azim telah menghadiahkan sebentuk cincin berlian yang dinamakan Furby. Belian berkenaan yang dilitupi dengan ‘permata sehalus rambut’ dan di dalam permata berkenaan terdapat bayangan beberapa orang penari yang bernilai Paun sterling 3 juta.
Maklumlah anak kesayangan Sultan Brunei, apa yang diminta semuanya diperoleh. Orang Barat kata, wang adalah Tuhan. Hendak apa kita boleh dapat dengan wang. Bagi orang Melayu, sekiranya ada wang semua pekerjaan boleh jalan. Kata Putera Azim, dengan menghadiahkan cincin permata berkenaan, diharapkan hubungan mereka akan bertambah mesra.
Sehingga kini, Putera Azim akan mewarisi kekayaan daripada hasil minyak bernilai Pound Sterling 25 billion pada setiap tahun. Bayangkan, bolehkah Putera Azim menghabiskan wang berkenaan pada setiap tahun!!!
Selain itu, Putera Azim menghabiskan masa dengan tunangnya di Mahiki, iaitu ‘medan selera’ yang dihuni oleh anak-anak orang kenamaan dan dihiburkan oleh artis terkenal yang kerap kali ke udara di dalam MTV. Bak kata, apa yang dilihatnya itulah yang mahu disentuhnya.
Putera Azim kerap kali berjumpa dengan superstar dari Barat dan mengambil foto bersama-sama dengan selebriti berkenaan. Beliau pernah menjemput selebriti tersohor datang ke rumahnya di Kensington. Antara selebriti berkenaan ialah pelakon utama dalam filem Titanic iaitu Leonardo DiCaprio. Dua tahun lepas, Putera Azam bertemu dengan pelakon Harry Portel dan sempat makan bersama-sama sambil bertanyakan perkembangan terkini dunia hiburan.
Sebenarnya ayahnya, Sultan Brunei mempunyai beberapa buah hotel antaranya Beverly Hills Hotel di Bandar Los Angeles dan Plaza Athenee di Kota Paris. Di hotel berkenaan terdapat beberapa padang golf dan turut melakukan aktiviti seperti lumba kuda.
Putera Azim pernah beberapa kali berjumpa dengan Putera Charles William (Britain) dan bermain golf bersama-sama. Kedua-dua anak raja ini begitu akrab sekali seakan-akan mempunyai hubungan kekeluargaan.
Putera Azim meminati muzik dan sering kali menjemput selebriti seperti Mariah Carey dengan jet peribadi ke kediamannya. Beliau sanggup membayar Paund Sterling tiga juta untuk sekali persembahan sahaja daripada penyanyi terkenal iaitu Mariah Carey. Beliau juga memberi kalungan berupa biji berlian dan cincin permata kepada penyanyi berkenaan atas sumbangannya menghiburkan hati anak raja ini.
Boleh dikatakan kehidupan Putera Azim banyak dihabiskan dengan menghibur diri sendiri. Pada tahun 2004 yang lalu misalnya, beliau telah menjemput Diana Ross untuk menghiburkan hatinya. Diana Ross menyanyi di hadapannya yang turut disertai menjemput kumpulan orkestra yang tersohor dari Britain dan Putera Azin pernah beberapa kali menyanyi dengan Diana Ross.
Pada tahun yang sama, Putera Azim memanggil Micheal Jacson menyanyi di kediamannya dan perkara ini telah menjadi berita sensasi di Barat dan Eropah. Putera Azim juga memberi cincin yang bernilai Paun Sterling 300,000 kepada Micheal Jacson. Persembahan oleh Micheal jackson telah disaksikan oleh Putera Azim dengan tunangnya. Begitu hebat sekali kehidupan anak seorang jutawan dunia.
Putera Azim juga pernah mengadakan pertandingan Fasion For Relief yang diuruskan oleh Naomi Campbell yang bertujuan untuk mengutip derma mengumpul wang bagi membantu mangsa banjir di Amerika. Pada majlis berkenaan, Putera Azim telah menjemput Madonna untuk membaca sebuah lirik kepadanya sahaja sebelum mengambil gambar bersama-sama selebriti berkenaan.
Putera Azim juga gemar menghabiskan masa beristirahat di Barat Laut Kalimantan, Brunei. Berkelulusan dari Universiti Singapura dan Oxford Brookes, kehidupannya banyak dihabiskan dengan menikmati keindahan alam semula jadi selain berdampingan dengan selebriti yang terkenal di dunia.
Siapa hormat siapa? Putera Azim dihormati oleh Canselor yang memberinya ijazah bukan sebaliknya.
0 comments:
Post a Comment