Tuesday, November 17, 2009

Broadband Melalui Talian Elektrik

Broadband Power Line
Berita ini telah tersebar sejak tahun akhir tahun 2006 di beberapa forum terkenal Malaysia. Beberapa minggu lalu, mendapat berita dari seorang rakan yang kebetulan menceritakan berkenaan BPL (Broadband over Power lines) yang telah pun berjaya digunakan oleh sesetengah pihak.
Mungkin teknologi ini bakal menggantikan teknologi sedia ada yang belum mencapai tahap memuaskan. Namun, masih tidak kedengaran bahawa BPL ini akan dilancarkan di seluruh Malaysia. Saudara Aman telah menulis berkenaan Tahun 2010 – Tahun Jalur Lebar Negara, mungkinkah BPL juga bakal diperkenalkan?
BPL (Broadband over Power lines),  juga dikenal sebagai PLC (Power Line Communication) atau PLN (Power Line Networking). Merupakan alternatif kepada DSL atau kabel modem broadband. Menggunakan talian elektrik sedia ada untuk akses internet. Berkemungkinan menggunakan teknologi yang dibangunkan Spidcom. Kelajuan BPL ini boleh mencapai atau melebihi 200Mbps.
Symphonet Sdn Bhd telah membuka akses di laman mereka yang menerangkan berkenaan BPL. Beberapa minggu sebelum ini halaman BPL tersebut kosong. Mungkin teknologi ini telahpun berjaya digunakan dan bersedia untuk di pasang di mana sahaja. Kos untuk menggunakan BPL ini tidak pula dinyatakan. Anda boleh menghubungi Symphonet Sdn Bhd untuk maklumat lanjut berkaitan kos dan cara mendaftar BPL dari mereka.

1 comments:

  1. pernah masuk dalam berita harian 2-3 tahun lepas.
    kalau baca tu memang power,teknologi org Malaysia buat tapi xjual kat negara sendiri.broadband yg kita pakai kat Malaysia ni ntah apa2 ntah.semuanya broadband cap ayam xda quality.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...