Monday, November 16, 2009

berita baik untuk pelabur swiss cash

swisscash
Ingat tak pada tahun 2006 yang lalu skim pelaburan internet Swisscash menjadi isu hangat. Semasa ia meletup pun kecoh juga masing-masing sibuk cari downline. Ada juga yang jadi jutawan segera tapi apabila pelaburan swisscash tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia, disahkan scam dan wang pelaburnya dibekukan, ramai pelabur yang merana. Ada yang sampai jadi kes cerai berai.
Inilah penangan pelaburan internet. Ada yang menggadai tanah, jual barang kemas, membuat pinjaman bank untuk dijadikan modal melabur. Perniagaan scam swisscash menjanjikan pelaburan 300% dalam masa 15 bulan. Bukan sahaja orang yang berpendidikan sederhana, para cerdik pandai pun ramai yang turut bermimpi nak jadi jutawan segera.
Oleh itu mesti pelabur swisscash gembira dengan pengumuman Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang mereka akan mencapat balik duit mereka mulai tahun hadapan. Mereka boleh menuntut kerugian masing-masing. Oleh itu mantan pelabur swisscash tu perlulah prepare dokumen-dokumen pelaburan anda.

"Teringatkan aku pada seoorg kawan yang sanggup menjual motorsikalnya hanya semata-mata utk melabur dalam skim ini, semoga ALLAH sentiasa melindungi beliau".

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...